Thursday, August 25, 2011

Bingkisan untuk Syifa'



tepat jam 12:21 tengahhari, 05/06/2011 Syifa' dilahirkan, dan ketika saat e2lah status kami suami is3 & kebanyakkan saudara diLangkawi berubah, dari suami is3 menjadi abi dan umi, dari abah & mak menjadi datuk, dari bapak & mak sedare menjadi datok sedare, dari datuk menjadi moyang...jadi boleh disimpulkan kelahiran Syifa' membawa banyak perubahan.

& sudah pasti insan yg paling gembira ketika e2 adalah abi & ummi..setelah sekian lama menanti akhirnya Allah mengurniakan Syifa'.


walaubagaimanapun didalam hati abi tidak pernah tenang tatkala memikirkan tentang Dunia yg sangat mencabar dgn maksiat & perangai yg palaelik2, & abi sedar...abi pon bukanlah seorang yg baik...kerisauan ini xpernah lekang dari fikiran abi....


Pintaku padaMu Ya Allah, Kau jadikanlah anakku ini seorang yg Solehah, seorang yang mampu melindungi diri dari Kemungkaran. Kau bantulah kami mendidik anak kami supaya jalannya tidak terpesong dari Jalanmu yg Lurus.

Pintaku padaMu Ya Allah,Berikanlah Hidayah dan Taufiq kepada kami dalam kehidupan kami, dan Jauhkanlah kami dari Api Nerakamu.

Pesan Abi & Ummi
  1. Jadikanlah Al-quran & As-sunnah sebagai rujukan.
  2. Hiasilah diri dengan Akhlak yang mulia.
  3. Pilihlah rakan yg membawa kepada jalan kebaikkan.
dan pesasan Luqman kepadanya Abi ambil untuk Renungan Syifa'
  1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar
  2. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)
  3. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan
  4. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi
  5. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
  6. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri
  7. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai
(Surah Luqman: 13-19)